PERJANJIAN (AKU JANJI) SEBAGAI RIDER / RR CONTRACTOR
*RR merujuk kepada Syarikat Pengurusan Idolegacy Sdn Bhd
*RR Contractor merujuk kepada Rider dan Driver Berdaftar dengan RideRunner.
Dengan ni RR CONTRACTOR berjanji;
i. Menjaga adab, tata tertib, hospitality (layanan) kepada semua pihak kepada tahap yang terbaik mewakili imej RideRunner sebagai perkhidmatan terbaik.
ii. Menjalankan amanah dan tanggungjawab apabila menghantar/mengambil penumpang ataupun barang mahupun urusan RUNNER SERVICE seperti pembelian barang, urusan pejabat atupun perbankan.
iii. Menjaga kebersihan diri, kemas dan mempunyai imej terbaik dalam RideRunner
iv. SENTIASA Menjaga keselamatan diri, penumpang mahupun barang setiap masa kerana keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab mutlak para RR CONTRACTOR. Pihak RR tidak bertanggungjawab atas kelalaian RR CONTRACTOR untuk memastikan keadaan sekeliling selamat dan bersih.
v. Sentiasa menyelenggara kenderaan yang didaftarkan supaya sentiasa berada di tahap yang baik dan selamat setiap masa
vi. MENJAGA RAHSIA dan OPERASI RIDERUNNER supaya tidak dikongsi dalam bentuk apa juga seperti digital, dokumen, skrin-tangkap ke laman sosial, walau secara lisan kepada bukan RR CONTRACTOR walaupun jika tidak lagi menjalankan RR CONTRACTOR kelak.
vii. Sekiranya telah keluar dari RIDERUNNER, Jaket / baju dan helmet perlu dikembalikan ke pejabat Idolegacy Sdn Bhd, Deposit RM30 akan dikembalikan.
viii. Tidak ‘MAKAN LUAR’, atau Bahasa lain ‘SERVICE LUAR’ dari APLIKASI RIDERUNNER iaitu menjalankan kerja tanpa memasukkan data order melalui Aplikasi Riderunner sebelum menjalankan perkhidmatan.
ix. RR CONTRACTOR harus telus dan menghargai peluang menggunakan aplikasi ini untuk mencari rezeki.
x. RR CONTRACTOR bertindak sebagai Kontraktor, manakala Client/Penumpang bertindak sebagai Pelanggan RR CONTRACTOR. Aplikasi RideRunner adalah medium untuk menemukan Keperluan/Kehendak dan Pembekal
xi. RideRunner mewakili RR Kontraktor untuk memungut hasil bayaran dan dimasukkan ke e-dompet (setelah sistem tanpa tunai (Cashless)/e-dompet telah dikembangkan), RR akan melepaskan sejumlah wang mengikut apa yang diminta oleh Rider, seterusnya wang dimasukkan ke akaun dalam tempoh 7 hingga 14 hari.
xii. RideRunner juga berhak mengenakan caj komisyen ataupun ‘top-up’ mahupun harga tambang secara fleksible seperti yang diputuskan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdangangan Sabah (LPKP SABAH) mengikut keperluan dan kos operasi semasa
xiii. RR CONTRACTOR harus mengikut garis panduan LPKP Sabah dari semasa ke semasa
xiv. Sekiranya berlaku kemalangan, haruslah merujuk kepada pihak insuran masing-masing, dan pihak PERKESO selain itu harus melaporkan pada pihak RR supaya isu dibawa ke LPKP Sabah.
– Rider WAJIB Mendaftar diri dengan PenjanaGIG PERKESO.
xv. Kelajuan membawa penumpang adalah 45KM/J sahaja (Untuk yang layak menjalankan Bike Hailing dan Ehailing sahaja)
INI ADALAH DOKUMEN YG DI PERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN RIDERUNNER TASKER
1. WALKER & CYCLER (Perjalan Kaki & Berbasikal)
* IC depan & belakang
* Gambar profil (mesti jelas macam gambar dalam ic)
* Email aktif
* Nombor Hp aktif
* Nama Emergency & No. Hp Emergency
2. TAXI DRIVER
* IC depan & belakang
* Gambar profil (Mesti clear macam gambar kita di ic)
* Lesen memandu D
* Lesen PSV
* Permit Taxi
* Geran/Kad kereta
* Roadtax
* Gambar kereta 4 sisi (Depan, Belakang, Kiri & Kanan)
* Insuran kereta
* Email aktif
* Nombor Hp Aktif
* Nama Emergency (cth anak, isteri & suami, adik beradik)
* No HP Emergency
3. Pemandu E-Hailing
* IC depan & belakang
* Gambar profil (Mesti clear macam gambar kita di ic)
* Lesen memandu D
* Lesen PSV
* Geran/Kad kereta
* Roadtax
* Gambar kereta 4 sisi (Depan, Belakang, Kiri & Kanan)
* Insuran kereta
* Email aktif
* Nombor Hp Aktif
* Nama Emergency (cth anak, isteri & suami, adik beradik)
* No HP Emergency
4. Bike Hailing (Motorsikal)
* IC depan & belakang
* Gambar profil (Mesti clear macam gambar kita di ic)
* Lesen memandu B2
* Geran/Kad motor
* Roadtax
* Gambar motor 4 sisi (Depan, Belakang, Kiri & Kanan)
* Insuran motor
* Email aktif
* Nombor Hp Aktif
* Nama Emergency (cth anak, isteri & suami, adik beradik)
* No HP Emergency
5. Runner Motor & Kereta
* IC depan & belakang
* Gambar profil (Mesti clear macam gambar kita di ic)
* Lesen memandu D (kereta), L & P (motor)
* Geran/Kad kereta atau motor
* Roadtax
* Gambar kereta/motor 4 sisi (Depan, Belakang, Kiri & Kanan)
* Insuran kereta/motor
* Email aktif
* Nombor Hp Aktif
* Nama Emergency (cth anak, isteri & suami, adik beradik)
* No HP Emergency
PERJANJIAN (AKU JANJI) SEBAGAI RIDER / RR CONTRACTOR
*RR merujuk kepada Syarikat Pengurusan Idolegacy Sdn Bhd
*RR Contractor merujuk kepada Rider dan Driver Berdaftar dengan RideRunner.
Dengan ni RR CONTRACTOR berjanji;
i. Menjaga adab, tata tertib, hospitality (layanan) kepada semua pihak kepada tahap yang terbaik mewakili imej RideRunner sebagai perkhidmatan terbaik.
ii. Menjalankan amanah dan tanggungjawab apabila menghantar/mengambil penumpang ataupun barang mahupun urusan RUNNER SERVICE seperti pembelian barang, urusan pejabat atupun perbankan.
iii. Menjaga kebersihan diri, kemas dan mempunyai imej terbaik dalam RideRunner
iv. SENTIASA Menjaga keselamatan diri, penumpang mahupun barang setiap masa kerana keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab mutlak para RR CONTRACTOR. Pihak RR tidak bertanggungjawab atas kelalaian RR CONTRACTOR untuk memastikan keadaan sekeliling selamat dan bersih.
v. Sentiasa menyelenggara kenderaan yang didaftarkan supaya sentiasa berada di tahap yang baik dan selamat setiap masa
vi. MENJAGA RAHSIA dan OPERASI RIDERUNNER supaya tidak dikongsi dalam bentuk apa juga seperti digital, dokumen, skrin-tangkap ke laman sosial, walau secara lisan kepada bukan RR CONTRACTOR walaupun jika tidak lagi menjalankan RR CONTRACTOR kelak.
vii. Sekiranya telah keluar dari RIDERUNNER, Jaket / baju dan helmet perlu dikembalikan ke pejabat Idolegacy Sdn Bhd, Deposit RM30 akan dikembalikan.
viii. Tidak ‘MAKAN LUAR’, atau Bahasa lain ‘SERVICE LUAR’ dari APLIKASI RIDERUNNER iaitu menjalankan kerja tanpa memasukkan data order melalui Aplikasi Riderunner sebelum menjalankan perkhidmatan.
ix. RR CONTRACTOR harus telus dan menghargai peluang menggunakan aplikasi ini untuk mencari rezeki.
x. RR CONTRACTOR bertindak sebagai Kontraktor, manakala Client/Penumpang bertindak sebagai Pelanggan RR CONTRACTOR. Aplikasi RideRunner adalah medium untuk menemukan Keperluan/Kehendak dan Pembekal
xi. RideRunner mewakili RR Kontraktor untuk memungut hasil bayaran dan dimasukkan ke e-dompet (setelah sistem tanpa tunai (Cashless)/e-dompet telah dikembangkan), RR akan melepaskan sejumlah wang mengikut apa yang diminta oleh Rider, seterusnya wang dimasukkan ke akaun dalam tempoh 7 hingga 14 hari.
xii. RideRunner juga berhak mengenakan caj komisyen ataupun ‘top-up’ mahupun harga tambang secara fleksible seperti yang diputuskan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdangangan Sabah (LPKP SABAH) mengikut keperluan dan kos operasi semasa
xiii. RR CONTRACTOR harus mengikut garis panduan LPKP Sabah dari semasa ke semasa
xiv. Sekiranya berlaku kemalangan, haruslah merujuk kepada pihak insuran masing-masing, dan pihak PERKESO selain itu harus melaporkan pada pihak RR supaya isu dibawa ke LPKP Sabah.
– Rider WAJIB Mendaftar diri dengan PenjanaGIG PERKESO.
xv. Kelajuan membawa penumpang adalah 45KM/J sahaja (Untuk yang layak menjalankan Bike Hailing dan Ehailing sahaja)
SISTEM KREDIT PRA-BAYAR (TOP-UP) BAHARU
i. Berikutan isu ‘makan luar’ masih tidak dapat dibendung dan kos penyelenggaraan Aplikasi Riderunner mencapai ribuan ringgit, pihak Riderunner mengambil Tindakan untuk menjalankan system kredit pra bayar(top-up) untuk menggunakan aplikasi Riderunner Tasker.
ii. Kiraan asas ‘top-up’ adalah,
a. RM10 = Tempoh sah, 7 hari
b. RM20 = Tempoh sah, 14 hari
c. RM30 = Tempoh sah, 24 hari
d. RM40 = Tempoh sah, 30 hari
iii. Sekiranya RR CONTRACTOR langsung tidak aktif mengambil order sekurang-kurangnya 1 (Satu) kali, dalam tempoh 30 hari, maka akaun akan terhapus dan kredit akan hangus.
iv. Sekiranya tempoh sah telah habis, kredit tidak akan hangus dan perlu isi ‘top-up’ dan meneruskan penggunaan aplikasi Riderunner tasker seperti sediakala, jumlah kredit sedia ada akan ditambah dengan ‘top-up’ kredit yang baru.
v. Disebabkan ini adalah system kredit untuk menggunakan aplikasi Riderunner, kredit tasker TIDAK BOLEH DITEBUS DENGAN WANG, TIDAK BOLEH DIPINDAHKAN KE AKAUN LAIN. ia harus digunakan (consume) sehingga habis dengan terus menjalankan perkhidmatan di Rideruner
vi. Hanya RM10 Kredit terakhir (atau baki terakhir bawah RM10) sahaja boleh ditebus sebagai asas system kredit yang ada setelah baju kit dan sticker pelekat dikembalikan.
Sekiranya didapati melanggar apa sahaja yang dijanjikan di atas, RR CONTRACTOR bersedia dibuang/dihentikan/disenarai hitamkan untuk tidak lagi Bersama RR.
Saya faham dan setuju dengan perjanjian (aku janji) di atas, saya bersedia mendaftar menjadi sebahagian dari Jentera RideRunner.