RideRunner kini sampai di Keningau

Pada 25 haribulan lalu, RideRunner menjadi rakan strategik dalam Program Kesejahteraan Dan Peningkatan  Isi Rumah Ekasih (Ukasih) negeri sabah. Dalam program itu 20 warga keningau yang terpilih mendapat bantuan motorsikal percuma dengan itu RideRunner dapat mendaftarkan kesemuanya menjadi pengiat baharu di daerah keningau. Ekonomi logistik kecil memangpun suda rancak di daerah keningau, kini lebih hebat dengan adanya jenama lokal sabah, RideRunner.

Petang pada hari yang sama juga, RideRunner mengadakan pra-pendaftaran E-hailing di cafe Pusat Kraftangan sabah daerah keningau. Setelah bertemu dengan pemandu e-hailing veteran daerah keningau pihak riderunner dapat mempelajari perbezaan dengan yang di kota kinabalu. Dengan itu, kami mendapat lebih banyak idea untuk fungsi-fungsi yang perlu ditambah-baik dalam aplikasi untuk “update” yang akan datang. 

Pemandu-pemandu E-hailing di keningau sangat teruja dengan adanya jenama e-hailing lokal sabah, tetapi kerana dengan masa yang terhad hanya 20 orang pemandu sahaja dapat didaftarkan pada hari tu.RideRunner akan kembali lagi di keningau pada masa yang terdekat