Pemasangan Pelekat kereta untuk pemandu yang berdaftar
Selepas majlis pra-pelancaran Pejabat Riderunner sentiasa dimeriahkan dengan pemandu yang ingin berdaftar secara walk-in. Sebagai promosi, pihak memberikan pelekat kereta dengan terhad untuk sebilangan pemandu.
Para pemandu sentiasa bersemangat dalam pelancaran e-hailing lokal sabah, tagline riderunner iaitu “Pigi mana bossku? Kami hantar bah!” sentiasa berlaung pemandu yang lulus pendaftaran. Setakat ini, pendaftaran sentiasa berjalan lancar, tiada masalah selain dari dokumen yang tidak lengkap untuk sesetengah pemandu.
Untuk kebajikan pemandu, pemandu berdaftar yang layak juga memperoleh insentif dari PERKESO dibawah platform riderunner. Ini adalah salah satu keistimewaan pengiat riderunner