E-Hailing Operator (EHO) RideRunner dengan berbesar hati ingin mengumumkan pelancaran perkhidmatan e-Hailing jenama tempatan yang pertama di Sabah pada awal tahun 2022 bermula daripada zon sekitar Kota Kinabalu dan seterusnya ke seluruh negeri secara berperingkat!

Kini, kita akan terus berkembangkan mengikut arus pemodenan dan hasil buatan anak tempatan ini juga setanding dengan produk serta perkhidmatan daripada luar negara! Dengan rendah hati, kami perkenalkan RideRunner, perkhidmatan e-hailing yang diperkenalkan khas untuk anda semua, daripada orang tempatan, untuk orang tempatan!

Bersempena dengan pelancaran RideRunner E-hailing ini, sukacita kami menawarkan pakej pendaftaran percuma untuk 100 pemandu yang pertama, termasuk kredit aplikasi RideRunner berjumlah RM 60.00 untuk pemohon yang layak! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kami akan umumkan tarikh pelancaran dalam masa terdekat, oleh itu teruskan ikuti perkembangan kami dari masa ke semasa.